Respon pantas! Tengku Zafrul bantu selesai isu power bank peminat badminton

20 May 2025 • 8:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
power bank

Hari pertama Kejohanan Badminton Malaysia Masters 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil kecoh seketika apabila seorang penonton mendakwa tidak dibenarkan membawa masuk power bank ke dalam stadium.

Ada isu power bank tak dibenarkan bawa masuk

Menerusi ciapan seorang peminat badminton dikenali sebagai Hidayah Osman, dia telah meluahkan rasa kecewa menerusi platform X apabila pengecas tersebut dikatakan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk ke dalam venue.

image is not available

Tengku Zafrul segera selesaikan isu power bank tersebut

Tak disangka, ciapan itu mendapat respon segera daripada Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang bukan sekadar membalas ciapan, malah terus bantu menyelesaikan masalah tersebut.

“Hi Dayah, sepatutnya tiada masalah untuk bawa masuk power bank.

“Saya difahamkan pada peringkat awal ada silap faham di peringkat tapisan tapi semuanya kita dah beri penjelasan dan sekarang sepatutnya sudah tiada masalah bagi membawa masuk ‘power bank’, selamat menyaksikan perlawanan!,” tulisnya.

image is not available

Masalah selesai. Power bank dah boleh bawa

Tindakan pantas Tengku Zafrul disambut baik oleh Hidayah yang membalas dengan penuh penghargaan.

“Hi @tzafrul_aziz dan pasukan @BA_Malaysia.

Saya meghargai sokongan anda membenarkan pengecas dibawa masuk ke dalam Axiata Arena untuk Perodua Malaysia Masters, memandangkan seharian kami berada di sini.

Isu ini tidak berlaku pada tahun lepas, jadi, saya berharap untuk kali ini pun sama,” ujarnya.

image is not available

Langkah proaktif Tengku Zafrul ini bukan saja menyelesaikan masalah, tapi berjaya menonjolkan sikap prihatin seorang pemimpin yang dekat dengan penyokong sukan tanah air.

Sumber: X tzafrul_aziz

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved