Restoran Di Kedah Tawar Ganjaran RM30K Kepada Pemberi Maklumat Kes Zara Qairina – “Kalau Berlaku Pada Anak & Cucu Bagaimana?”

LocalPolitics
19 Aug 2025 • 4:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Sinar Harian, sebuah restoran tempatan di Jitra, Kedah menawarkan ganjaran sebanyak RM30,000 untuk sesiapa yang membantu siasatan berhubung kematian tragis Allahyarham Zara Qairina di sebuah sekolah berasrama penuh di Sabah bulan lalu.

Menurut penasihat perniagaan Restoran Tok Keramat iaitu Sobri Zakaria, pihaknya tampil untuk bantu kerana rasa bertanggungjawab secara moral mengenai kejadian yang menimpa murid Tingkatan Satu itu.

Kata Sobri, tujuan dirinya memberi ganjaran berpuluh ribu ringgit itu bagi memudahkan pihak berkuasa agar individu bertanggungjawab dikenakan tindakan segera.

Kejadian yang berlaku pada adik Zara membuatkan saya berasa terpanggil untuk bersuara. Terlintas di hati dan menitis air mata bila melihat kejadian yang menimpa Zara. Kalau berlaku pada anak-anak atau cucu-cucu saya, bagaimana?

Sebelum ini, tular satu video yang dihasilkan oleh Restoran Tok Keramat yang dimuat naik pada Ahad lalu, di mana pihak mereka menawarkan tawaran ganjaran RM30,000 kepada sesiapa menyalurkan maklumat sehingga pelaku dapat ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal.

image is not available 2025-08-19 15:55:10

Kes Zara Qairina: 'Doktor' Menyamar Bedah Siasat Arwah Zara Dikenal Pasti, Ditahan Pihak Polis