"Saja test air kencing suami guna alat ni. Sekali keluar result PREGNANT. Gelak besar satu rumah!"
Nanti dulu. Jangan gelak.
Jika seorang lelaki kencing pada alat UPT (seperti dalam gambar) dan naik "Double Line" atau skrin tulis "Pregnant", ia bukan bermaksud dia hamil. Lelaki tiada rahim.
Tapi, ia adalah tanda amaran merah (Red Flag) bahawa dia mungkin menghidap KANSER TESTIS.
Kenapa boleh jadi macam tu?
1. Alat UPT dicipta untuk mengesan hormon Beta-hCG (hormon kehamilan) yang dihasilkan oleh uri wanita.
2. Namun, sesetengah jenis tumor Kanser Testis juga merembeskan hormon yang SAMA iaitu Beta-hCG.
3. Jadi, sensor alat ini akan baca kehadiran hormon itu sebagai "Positif".
Walaupun ini kedengaran pelik, "gurauan" mencuba alat mengandung isteri ini pernah menyelamatkan nyawa ramai lelaki yang tidak sedar mereka ada ketumbuhan di bahagian sulit.
TAPI INGAT:
Ini bukan alat saringan rasmi kanser!
- Kalau result negatif, tak bermakna anda bebas kanser (sebab bukan semua kanser testis keluarkan hormon hCG).
- Tapi kalau result POSITIF, jangan tunggu. Terus jumpa doktor pakar urologi.
Kaum isteri, kalau ada UPT lebih kat rumah tu, apa salahnya suruh suami "try" sekali. Manalah tahu, gurauan itu boleh selamatkan nyawa dia.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.


