Retreat BKK UPSI di Pulau Pinang perkasa jaringan strategik bersama USM

Local
20 May 2026 • 8:00 AM MYT
Bazli Razak
Bazli Razak

Media Officer, Corporate Comm Division, Sultan Idris Edu University (UPSI).

Image from: Retreat BKK UPSI di Pulau Pinang perkasa jaringan strategik bersama USM
Dr. Mohd Izwan (hadapan, tengah) bersama delegasi BKK UPSI serta barisan pengurusan MPRC bergambar kenangan sempena lawatan penanda aras di The Bricks, USM. Photo credit: UPSI

Retreat Bahagian Komunikasi Korporat (BKK) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Pulau Pinang terus diperkukuh menerusi pelaksanaan lawatan penanda aras ke Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC), Universiti Sains Malaysia (USM) yang bertempat di The Bricks, USM, baru-baru ini.

Program berkenaan menjadi platform penting dalam memperluas jaringan strategik, perkongsian amalan terbaik serta mempertingkat kecekapan pengurusan komunikasi korporat antara kedua-dua universiti awam berkenaan.

Pengarah BKK UPSI, Prof Dr. Mohd Izwan Shahril berkata lawatan penanda aras tersebut merupakan sebahagian usaha berterusan UPSI dalam memperkasa strategi komunikasi universiti agar kekal relevan dan berimpak tinggi selaras dengan perkembangan teknologi komunikasi semasa.

“Retreat dan lawatan penanda aras ini memberi ruang kepada pasukan untuk melihat sendiri amalan terbaik yang dilaksanakan di USM, khususnya dalam aspek pengurusan media, strategi komunikasi serta penjenamaan institusi.

Menurut Dr. Mohd Izwan, program berkenaan bukan sahaja memperkukuh semangat kerja berpasukan dalam kalangan warga BKK UPSI, malah turut memperteguh jaringan strategik bersama USM dalam usaha memperkasakan komunikasi korporat universiti ke arah yang lebih dinamik dan mampan.

“Ia penting bagi memperkukuh keupayaan kita dalam menyampaikan maklumat yang lebih efektif dan strategik,” ujar beliau.

Image from: Retreat BKK UPSI di Pulau Pinang perkasa jaringan strategik bersama USM
Kakitangan BKK UPSI bergambar kenangan pada Malam Pesona Tropika sempena program Retreat di Bahang Bay Hotel Pulau Pinang. Photo credit: UPSI

Sementara itu, Timbalan Pengarah MPRC USM, Tan Ewe Hoe menyifatkan program berkenaan sebagai wadah penting dalam memperkukuh hubungan strategik antara universiti awam di Malaysia.

“Kerjasama seperti ini membuka ruang perkongsian pengalaman dan kepakaran, sekali gus membantu mempertingkat mutu penyampaian komunikasi korporat universiti kepada warga kampus dan masyarakat. USM amat mengalu-alukan usaha seperti ini,” katanya.

Sepanjang Retreat BKK UPSI 2026 yang berlangsung selama empat hari tiga malam di Pulau Pinang, pelbagai pengisian telah dilaksanakan merangkumi aktiviti Teambuilding Cipta Kecemerlangan @ Georgetown, sesi Refleksi JIWA, serta program tanggungjawab sosial korporat (CSR) EcoBeach di Pantai Teluk Bahang.

Selain itu, peserta turut mengikuti Slot bersama JKPU bertemakan “Memacu Transformasi dan Kecemerlangan UPSI” yang menjadi antara pengisian utama sebelum program diserikan dengan Malam Pesona Tropika sebagai acara penutup retreat.


Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!

Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.