TANJONG MALIM, 6 Mei 2026 – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh agenda kesihatan dan kesejahteraan warga kampus apabila melancarkan Kad Keahlian Star Wellness Hub UPSI, hari ini.
Naib Canselor, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata pelaksanaan Kad Keahlian Star Wellness Hub merupakan antara usaha strategik universiti dalam memperkukuh budaya hidup sihat secara menyeluruh dalam kalangan warga kampus dan komuniti setempat.
Menurut beliau, Star Wellness Hub berperanan sebagai pemangkin utama dalam menyokong hasrat universiti untuk melahirkan komuniti kampus yang lebih sihat, aktif dan produktif.
“UPSI komited untuk memastikan agenda kampus sihat ini terus diperkasa melalui pendekatan bersepadu yang bukan sahaja memberi tumpuan kepada kecergasan fizikal, tetapi turut merangkumi kesejahteraan mental dan sosial warga universiti,” ujar beliau.
Majlis pelancaran tersebut disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham Wahab Abdul Rahman, yang turut merasmikan pembukaan Star Wellness Hub UPSI di Kampus Sultan Abdul Jalil Shah.
Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan (FSSKJ), Profesor Madya Dr Jaffry Zakaria berkata pelancaran kad keahlian tersebut merupakan kesinambungan kepada pembangunan Star Wellness Hub sebagai pusat sehenti kesejahteraan di UPSI.
Beliau berkata Star Wellness Hub yang telah dirasmikan oleh Menteri Belia dan Sukan pada 22 Januari 2025 menyediakan pelbagai kemudahan termasuk Mini Hyrox, Spin Bike, Mini Café, Aerobic Dance dan terapi urutan untuk manfaat warga kampus serta komuniti setempat.
“FSSKJ memainkan peranan penting dalam memastikan Star Wellness Hub berfungsi sebagai pusat kecergasan, rehabilitasi sukan dan klinik sukan yang menyeluruh.
Dr Jaffry turut menjelaskan bahawa kejayaan inisiatif tersebut telah membawa kepada pengiktirafan UPSI sebagai Kampus Perak Exercise is Medicine On Campus (EIM-OC) bagi sesi 2026–2027 oleh American College of Sports Medicine (ACSM), sekali gus mengukuhkan kedudukan universiti dalam agenda Kampus Sihat bertaraf antarabangsa.
Beliau berkata pelbagai program kecergasan seperti Body Tone, Muay Thai, Tinju serta program komuniti termasuk Larian D’UPSIDE dan Hari Pencegahan Lemas Sedunia turut menjadi antara pengisian utama Star Wellness Hub.
“Harapan kami agar kerjasama strategik antara universiti, kelab sukan staf, persatuan sukan negeri serta institusi pengajian tinggi dapat terus memperkasa pembangunan sukan dan kesihatan di negeri Perak,” katanya.
Bazli Razak (bazli.razak@upsi.edu.my) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.
.jpg)