Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur menjadi tumpuan hari ini apabila tiga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hadir bagi menghadapi prosiding mahkamah dalam kes berasingan.
Najib hadir bagi meneruskan perbicaraan saman sivil berjumlah AS$5.64 bilion yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak syarikatnya terhadap beliau serta beberapa individu lain.
Advertisement
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Redzuan Idrus dijangka diteruskan dengan keterangan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.
Dalam saman tersebut, 1MDB antara lain mendakwa Najib melakukan pecah amanah, melanggar kewajipan statutori, menyalahgunakan kuasa serta berkonspirasi untuk menyeleweng dana syarikat berkenaan.
Muhyiddin Hadapi Tujuh Pertuduhan
Sementara itu, Muhyiddin hadir ke Mahkamah Tinggi bagi meneruskan perbicaraan membabitkan tujuh pertuduhan berkaitan penyalahgunaan kedudukan dan pengubahan wang haram berhubung projek Jana Wibawa.
https://www.instagram.com/reels/DchxcHODV7I/
Beliau yang ketika itu merupakan Perdana Menteri dan Presiden Bersatu berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM225.3 juta bagi parti tersebut.
Wang berkenaan didakwa diterima daripada empat syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd dan KCJ Engineering Sdn Bhd serta Datuk Seri Azman Yusoff.
Prosiding di hadapan Hakim Noor Ruwena Md Nurdin bersambung hari ini dengan keterangan saksi pendakwaan ke-27, iaitu Pengarah Syarikat KCJ Engineering Sdn Bhd, Datuk Seri Azman Yusoff.
Ismail Sabri Dijangka Didakwa
Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri pula dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berkaitan pengisytiharan harta.
Prosiding yang sepatutnya berlangsung pada 7 Ogos lalu ditangguhkan selepas bekas Perdana Menteri itu dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) atas faktor kesihatan.
Hakim Suzana Hussin sebelum ini menangguhkan pembacaan pertuduhan dan pengambilan pengakuan selepas peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad, memohon penangguhan kerana Ismail Sabri dijadualkan menjalani prosedur pemasangan perentak jantung.
View this post on Instagram
Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil SPRM bagi merakam percakapan berkaitan pengisytiharan hartanya.
SPRM turut merampas RM170 juta wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta dalam siasatan berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram.
Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan sebuah pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat”, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Ustaz Lah Didakwa 51 Pertuduhan Pecah Amanah, Pindah Wang Haram RM15.4 Juta
The post ‘Reunion’ Di Mahkamah, Tiga Bekas Perdana Menteri Hadir Serentak Bagi Prosiding Mahkamah Kes Berasingan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






