Seorang bekas menteri dijangka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok bagi menghadapi pertuduhan berkaitan rasuah.
Difahamkan, bekas menteri berkenaan bakal berdepan pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Dalam satu jemputan media yang dikeluarkan hari ini, SPRM memaklumkan pihaknya telah memperoleh izin untuk mendakwa bekas menteri terbabit.
Individu berkenaan dijadualkan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada jam 9 pagi esok.
Bagaimanapun, setakat ini identiti bekas menteri berkenaan serta butiran pertuduhan yang bakal dikenakan belum didedahkan.
Ismail Sabri Didakwa Hari Ini
Perkembangan itu hadir pada hari sama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas kesalahan gagal mengisytiharkan harta kepada SPRM.
Mahkamah kemudian membenarkan Ismail Sabri diikat jamin sebanyak RM300,000 dan menetapkan 29 September bagi sebutan semula kes.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

'Reunion' Di Mahkamah, Tiga Bekas Perdana Menteri Hadir Serentak Bagi Prosiding Mahkamah Kes Berasingan
The post Siapakah Bekas Menteri Bakal Didakwa Kes Rasuah Esok? first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






