
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada penghujung Februari lalu, Xiaomi telah memperkenalkan bank kuasa (power bank) paling nipis yang pernah dikeluarkan oleh syarikat teknologi tersebut dan antara yang ternipis di pasaran global termasuk Malaysia.
Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W yang berketebalan 6mm dengan kapasiti bateri 5,000 mAh juga begitu ringan iaitu hanya seberat 98g sahaja namun menyokong kuasa pengecasan wireless (nirwayar) 15 watt dan wired (berwayar) 22.5 watt.
Bahkan saiz dimensi keseluruhan 113 x 53 x 10 mm membuatkan power bank ini begitu mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja termasuklah bagi tujuan kerja mahupun travel.
Jika disemak pada laman rasmi Xiaomi, harga sebenar bagi power bank ini adalah RM369, namun buat masa ini mereka memberikan diskaun hebat menjadikan harganya hanya RM259 bagi pasaran tempatan.
Pilihan warna pula adalah oren, hitam dan silver (perak).

Persoalannya adakah berbaloi untuk anda mendapatkan power bank ini?
Jadi baru-baru ini, kami mencuba sebuah unit ulasan Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W berwarna silver.
Sebelum kami memulakan review, jom kita lihat apakah spesifikasi power bank ultra ringan ini.
Spesifikasi
| Jenis bateri | Lithium-ion battery |
| Tenaga bateri (rated) | 18.58Wh 3.79V 4,900mAh |
| Tenaga bateri (typical) | 18.95Wh 3.79V 5,000mAh |
| Kapasiti (rated) | 3,000mAh (5V⎓2A) |
| Output wireless | 15W Max. / iPhone series 7.5W Max. |
| Output USB-C | 5V⎓3A / 9V⎓2.5A (22.5W Max.) |
| Output (USB-C + wireless) | 5V⎓1.5A (7.5W Max.) + 5W Max. |
| Frekuensi operasi | 120–147kHz |
| Mekanisme pengecasan wireless | Magnetic induction |
| Dimensi | 98.5 × 71.5 × 6mm |
| Berat | 98g |
Compatibility
Dari segi keserasian, power bank ini menyokong semua model:
- Xiaomi series 12 ke atas
- Apple iPhone 12 series ke atas
- Samsung Galaxy S23 ke atas
- Google Pixel 9 ke atas
What’s in the box?
Sama seperti kebanyakan bank-bank kuasa yang lain, Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W datang dengan:
- 1x Power bank
- Manual pengguna
- Kad waranti

Ulasan
Selesai sudah dengan spefikasi ringkas, jadi jom kita lihat kelebihan dan kekurangan power bank paling nipis dari Xiaomi ini.
Secara amnya sebagai seorang yang bekerja dalam industri media, antara barangan wajib untuk tugasan harian kami semestinya telefon pintar yang berfungsi sebagai kamera, audio recorder, pencatat nota dan lain-lain lagi.
Justeru kami memerlukan power bank yang dapat berfungsi dengan baik agar peranti kami sentiasa hidup dengan bateri yang mencukupi.
Untuk menguji bank kuasa ini, kami menggunakan dua jenis peranti iPhone iaitu iPhone 11 dan iPhone 12.
Saiz dan kapasiti bateri: 8.5/10
Dari segi rupa bentuk dan design, sememangnya bank kuasa yang luar biasa nipis ini kelihatan agak premium. Kemasannya juga solid umpama ia adalah aksesori keluaran Apple. Memang stylish!

Power bank ini turut dilengkapi indikasi bercahaya pada bahagian bawahnya untuk memudahkan pengguna mengetahui berapakah baki kapasiti kuasa yang masih ada.
Mengenai kemampuannya pula, meskipun power bank ini bersaiz nipis umpama lima (5) kad bank yang disusun bertingkat, ia masih mampu menawarkan pengecasan magnetic wireless dan juga wired. Kecil-kecil cili api!
Nak guna wired? Hanya perlu cucuk kabel sahaja dan untuk wireless pula, korang cuma perlu snap kan bahagian magnetic pada badan belakang telefon.
Tapi pastikan peranti korang ada fungsi MagSafe iPhone (iPhone 12 ke atas).
Malah kami sendiri sudah mencuba dan sememangnya ia memang serasi dengan peranti iPhone 12 kami.

Malah saiznya yang nipis dan ringan adalah satu ‘advantage’ membuatkan aktiviti harian kami berjalan dengan begitu lancar meskipun telefon kami sedang diguna dan dicas pada waktu yang sama. Nak rakam gambar dan video masa mengecas pun tiada masalah!
Diringkaskan, dengan saiznya yang nipis, nak selit dalam poket pun tiada masalah, kalau tengah melekat pada belakang phone pun tak rasa ‘bulky’. Terasa macam tak charging pun!

Ok bagaimana pula dengan iPhone 11?
Buat pengguna iPhone 8 – iPhone 11, jangan risau kerana peranti old school (hehe) milik korang menyokong Qi wireless charging, jadi tiada masalah untuk ‘charging’ cuma magnetic function hanya betul-betul optimum untuk MagSafe iPhone.
Kami dapati ia mengecas dengan sempurna namun jika diletakkan terus pada badan iPhone 11 kami, ia tidak melekat kerana ketiadaan fungsi MagSafe pada iPhone.
Jadi kalau nak ia melekat terus dengan belakang telefon korang, tiada masalah. Cuma korang memang kena gunakan MagSafe magnetic case ok?

Namun kekurangan utama pada bank kuasa ini adalah kapasitinya yang hanya 5,000mAh. Nak full charge semula peranti memang sukar, jadi sekadar top-up memang boleh.
Kalau Xiaomi dapat keluarkan power bank sebegini dengan kapasiti 10,000mAh pasti menarik! Jadi kami tak perlukan power bank lain sebagai backup.
Tapi semua pasti faham, dengan saiz yang sebegitu nipis untuk dapat kuasa yang lebih besar macam mustahil kerana limit fizik bateri yang ada pada masa ini.
Performance dan kelajuan pengecasan: 8/10
Secara amnya, bank kuasa ini memberikan output pengecasan yang agak pantas iaitu 22.5W (dengan menggunakan kabel USB-C) manakala pengecasan wireless sekitar 15W.
Tapi ada satu ‘drawback’ untuk kami sebagai pengguna iPhone kerana pengecasan wireless hanya menyokong output sehingga 7.5W sahaja. Jadi waktu mengecas agak lama. Namun ia tidak begitu ketara asalkan bateri peranti kami masih penuh.
Menerusi pemerhatian secara kasar, kami dapati kapasiti bateri lambat naik semasa pengecasan menggunakan wireless berbanding menggunakan wayar untuk kedua-dua peranti iPhone 11 dan iPhone 12.
Untuk pengguna Android seperti Xiaomi atau Samsung dengan model terkini pula, tak perlu risau! Memang power bank ini boleh cas peranti korang secara wireless dengan penuh bergaya!
Selain itu, sama seperti semua wireless charger, suhu Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W boleh jadi agak warm apabila korang charge telefon dalam tempoh yang agak lama.
Untuk pengecasan semula selepas power bank kehabisan bateri pula, kami dah cuba dengan menggunakan charger 20w dan hasilnya, ia kembali fully charged dalam tempoh 2 jam.
Keseluruhan: 8/10
Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan bank kuasa terbaharu dari Xiaomi ini dan merasakan ia layak dapat rating 8/10.
Jadi korang patut dapatkan Xiaomi UltraThin Magnetic Power Bank 5000 15W sekiranya korang:
Gemarkan power bank dengan design nipis
Suka power bank ringan
Mengutamakan portability dan mahu power bank yang mudah dibawa ke mana-mana
Nak power bank yang melekat phone tanpa rasa ‘bulky’
Tak kisah tentang kapasiti 5,000 mAh

