Review Skechers Aero Burst: Kusyen Tebal, Warna Berani & Serius Selesa

26 Jun 2025 • 5:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

“Kasut putih kuning ni memang nampak cantik dalam gambar. Tapi bila dah pakai sendiri? Lagi power daripada yang dijangka. Itulah reaksi pertama kami selepas mencuba Skechers Aero Burst, model terbaru dari Skechers Malaysia yang hadir dengan gabungan teknologi prestasi dan rekaan sporty. Terima kasih kepada Skechers atas peluang ini bukan sekadar mencuba, tetapi benar-benar merasai pengalaman kasut ini di jalanan. Selepas beberapa sesi berjalan dan berlari, kami dapati kasut ini bukan sekadar cantik di mata, malah cukup selesa dipakai.

Rasa Selesa Dari Langkah Pertama

Bila pertama kali disarungkan, satu perkara yang jelas terasa, tiada rasa keras atau perlu ‘break-in’ langsung. Busa HYPER BURST ICE dua lapisan yang digunakan pada midsole memberi rasa lembut, tapi dalam masa yang sama stabil dan responsif. Kami cuba untuk berjalan santai, berlari ringan, dan juga berdiri lama semuanya selesa.

image is not available

Kasut ini terus ‘ngam’ dipakai dari kotak tak perlu risau nak biasakan kaki dulu.

Direka Ikut Bentuk Kaki

Bahagian dalam dilengkapi insole Arch Fit®, dibangunkan hasil rujukan lebih 20 tahun data kaki manusia. Jadi kalau anda ada masalah tapak flat atau lengkung kaki yang tak normal, kasut ini beri sokongan yang sangat membantu. Insole juga boleh ditanggalkan, senang untuk dijaga atau diganti ikut keperluan.

image is not available

Tolakan Lebih Bertenaga

Nak rasa lebih bertenaga masa berlari? Plat H-Carbon tersembunyi di bahagian depan tapak menyerap tekanan dan memberi tolakan lebih kuat setiap kali langkah dihayun. Bukan keras seperti kasut “super shoes” untuk pelumba profesional, tapi cukup untuk memberikan rasa push yang best untuk pelari kasual dan jarak jauh.

image is not available

image is not available

Sejuk Walau Cuaca Panas

Bahagian atas (upper) menggunakan mesh bernafas yang sangat ringan, rasa angin boleh masuk keluar dengan baik. Walaupun kami uji ketika panas tengah hari, kaki masih rasa selesa dan tak cepat berpeluh. Ini memang satu kelebihan besar untuk cuaca Malaysia.

Tapak Cengkam Padu

Tapak luar Goodyear® Rubber bukan main-main. Bila diuji di jalan tar basah dan laluan pejalan kaki, cengkaman terasa mantap. Tak licin, tak mudah haus. Sama ada digunakan untuk jogging petang, jalan kaki waktu kerja, atau senaman ringan indoor semuanya berfungsi dengan baik.

image is not available

Berat? Masih Berbaloi

Dengan berat sekitar 310 gram, mungkin bukan yang paling ringan, tapi tak terasa membebankan. Malah, keselesaan yang diberi mengimbangi berat tersebut.

Pengalaman Kami (Ringkas Tapi Padat)

  • Terus selesa dipakai tiada ‘break-in period’
  • Kusyen tebal + stabil untuk larian harian
  • Insole sokong bentuk kaki mesra pengguna tapak leper
  • Reka bentuk putih kuning yang clean dan stylish
  • Tapak tahan lasak dan kuat mencengkam
  • Sesuai untuk jogging, berjalan jauh, dan aktiviti harian

image is not available

image is not available

Kesimpulan

Dalam banyak pilihan kasut yang ada di pasaran sekarang, memang susah nak jumpa kasut yang nampak cantik dan selesa dipakai. Tapi Skechers Aero Burst berjaya penuhi kedua-dua kriteria tersebut.

Paling menarik, Skechers tampil berani dengan warna putih kuning yang mencuri perhatian, sesuai untuk mereka yang sukakan gaya yang lebih menonjol dan tidak takut untuk tampil ‘lain daripada yang lain’.

Model ini merupakan kasut harian dengan kusyen maksimum yang sesuai untuk dipakai lama. Rasa anjal, tahan lasak, dan keseluruhan binaan kasut ini memang mantap. Kami cadangkan kasut ini untuk lari jarak jauh atau sesi recovery run, sebab ia betul-betul menyerap impak dengan baik.

Skechers Aero Burst bukan sekadar kasut cantik ia adalah kasut yang lengkap dari segi teknologi, keselesaan dan gaya. Sama ada anda seorang pelari santai, pengguna aktif, atau individu yang perlukan kasut untuk berdiri lama di tempat kerja, model ini memang berbaloi untuk dimiliki.

Kami percaya siri Aero ni bakal jadi antara kejutan paling best untuk tahun 2025, dan model Burst ini boleh menjadi pilihan ideal untuk yang mencari kasut daily trainer atau recovery shoe yang sedap dipakai dan tahan lama.

Terima kasih Skechers Aero Burst ini bukan sekadar kasut, tapi pengalaman. Untuk maklumat lanjut, layari laman rasmi Skechers disini.

View Original Article