
TANJUNG MALIM – Anak seorang jurukimpal merupakan calon pertama negara yang terpilih menerima Biasiswa Tokoh Siswa Luar Negara untuk melanjutkan pengajian di Universiti Leeds, United Kingdom.
Menurut Ng Zhen Fan Shankar, 27, dia tidak menyangka dapat menyambung pengajian dalam bidang Sarjana Perakaunan dan Kewangan di universiti itu selama setahun.
“Saya merasa bangga dan terharu atas pemilihan ini kerana merupakan calon pertama yang ditaja di bawah Biasiswa Tokoh Siswa Menteri Pendidikan Tinggi untuk ke luar negara.
“Saya akan memanfaatkan peluang dan penghargaan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) ini dengan sebaik mungkin,” katanya di sini, hari ini.
Bapanya Ng Sin Wah, 60, merupakan seorang jurukimpal sementara ibunya S. Kinasunthari ialah kerani pejabat.
Dia yang merupakan lepasan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan berazam untuk menyambung pengajian peringkat doktor falsafah demi mengejar cita-cita menjadi seorang pensyarah.
Sementara itu, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, bekas pelajar universiti itu pernah menerima Anugerah Tokoh Siswa Negara, Anugerah Perdana Naib Canselor dan Anugerah Kepimpinan MPP. – KOSMO! ONLINE
The post Rezeki anak jurukimpal dapat biasiswa, belajar di UK appeared first on Kosmo Online.






