Rezeki pengunjung hari terakhir MAHA

LocalFood
7 Sep 2026 • 12:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Rezeki pengunjung hari terakhir MAHA

PETALING JAYA – Niat pengunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2026 untuk menikmati kemeriahan hari terakhir bertukar menjadi ‘rezeki terpijak’ apabila ada yang berpeluang membawa pulang pelbagai pokok serta tanaman pada harga murah.

Menerusi beberapa video yang tular di media sosial, pengunjung juga dilihat tidak melepaskan peluang mendapatkan pokok-pokok yang dibenarkan untuk diambil secara percuma oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

“Bila YB kata pokok cili, terung, bendi boleh ambil… licin,” kata seorang pengguna Thread.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menganggap pemberian pokok itu sebagai langkah baik berbanding membiarkannya terbuang atau mati selepas acara berakhir.

“Baguslah bagi orang ambil, daripada pokok-pokok tu dibuang atau dibiarkan mati. Sekurang-kurangnya boleh ditanam dan dimanfaatkan di rumah,” kata Aimi.

“Cili okeylah untuk ambik sebab dia tahan lama, kalau pandai jaga la. Bendi kalau kali ketiga dah tak elok dah hasil dia,” kata Kamil.

Terdahulu, MAHA 2026 yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, bermula 28 Ogos hingga 6 September, menghimpunkan pelbagai produk, hasil pertanian serta aktiviti berkaitan sektor agro untuk pengunjung. – KOSMO! ONLINE

The post Rezeki pengunjung hari terakhir MAHA appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved