“Riak muka tenang, air mata langsung tak ada” – Kakak Dedah Misya Dapat Tahu Sehari Sebelum Pulang Umrah

Entertainment
8 Feb 2024 • 10:25 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kecoh di media sosial sejak semalam, anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa sudah bernikah dengan seorang lelaki bernama Aslam.

Memetik laporan, kakak kepada isteri pertama Aslam, Misya Mazlan iaitu Nadiah mengesahkan mereka sudah berkahwin di Songkla, Thailand pada Disember lalu.

Di Instagram, Nadiah meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada adiknya. Dedahnya, Misya langsung tidak membuka mulut mengenai pernikahan Aslam dengan Marissa Dania malah memilih untuk menjauhkan diri daripada keluarga.

image is not available

Kata kakaknya lagi, perkhabaran tentang pernikahan suami adiknya diketahui sehari sebelum pulang dari Tanah Suci Mekah.

“Masa dekat sini aku nampak dia fokus buat ibadah. Segala doanya didengari. Sehari sebelum nak sampai ke tanah air, tahu-tahu diuji sebegitu rupa.

“Riak mukanya? Tenang saja. Air mata? Langsung tak ada,” tulisnya.

image is not available

Tambahnya, adiknya tidak meluahkan kepada keluarga mengenai perkara itu tetapi dia dilihat sering repost video menggambarkan perasaan hancur hatinya apabila dikhianati suami.

Nadiah turut meminta pengikutnya agar menitipkan kata semangat dan nasihat kepada adiknya kerana dia tidak mampu berbuat apa.

image is not available

Terdahulu, kecoh pada September lalu apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan Marissa Dania.

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.