Ribut petir diramal landa lima daerah di Selangor hingga 10 pagi ini

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 8:00 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir diramal landa lima daerah di Selangor hingga 10 pagi ini

SHAH ALAM, 26 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima daerah Selangor sehingga jam 10 pagi ini.

Menurut MetMalaysia, kawasan yang dijangka terjejas ialah Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Petaling.

Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang dan Kuala Lumpur.

Di Kedah, kawasan terlibat ialah Padang Terap, Sik dan Baling manakala Perak di Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

Sementara itu di Pahang, amaran melibatkan Raub dan Bentong.

"Amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran itu merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran," katanya dalam kenyataan hari ini.

Image from: Ribut petir diramal landa lima daerah di Selangor hingga 10 pagi ini
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved