Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga malam

LocalEnvironment
26 Oct 2026 • 4:31 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga malam

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan beberapa kawasan di Kedah, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut MetMalaysia menerusi kenyataan, bagi negeri Kedah, kawasan terlibat ialah Baling.

“Di Terengganu, amaran berkenaan melibatkan Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Hulu Terengganu, Dungun dan Marang, manakala di Pahang membabitkan Cameron Highlands dan Lipis,” katanya.

Di Sarawak, kawasan terjejas ialah Miri, Limbang, Belaga, Kapit dan Song di Kapit, Tatau dan Sebauh di Bintulu, Sri Aman, Betong, Saratok dan Pusa di Betong serta Selangau dan Sibu di Sibu.

Sementara itu, di Sabah, amaran berkenaan melibatkan kawasan Pedalaman, Tawau dan Kalabakan di Tawau, Kota Belud, Tuaran, Ranau, Kota Kinabalu, Penampang dan Papar di Pantai Barat, Kota Marudu dan Kudat di Kudat serta Telupid, Tongod dan Paitan di Sandakan.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

“Amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Ribut petir, hujan lebat di lima negeri hingga malam appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved