Amaran ribut petir di lima negeri hingga 4 petang

LocalEnvironment
10 Sep 2026 • 1:18 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Amaran ribut petir di lima negeri hingga 4 petang

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia menerusi hantaran Facebook memaklumkan, antara kawasan terlibat dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Kedah ialah Langkawi, Bandar Baharu, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang dan Kulim.

“Di Perak pula melibatkan Kerian, Larut Matang, Selama dan Bagan Datuk, manakala di Selangor adalah di daerah Sabak Bernam.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Amaran ribut petir di lima negeri hingga 4 petang appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved