Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 5 petang ini

LocalEnvironment
6 Aug 2026 • 4:03 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 5 petang ini

PETALING JAYA: Empat negeri diramal dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga 5 petang ini.

Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melibatkan beberapa negeri iaitu, Kelantan, Pahang, Johor dan Sabah.

Di Kelantan, kawasan yang dijangka terjejas ialah di Jeli manakala Pahang melibatkan kawasan tanah tinggi Cameron.

“Sementara itu, di Johor antaranya di Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Di Sabah pula, kawasan terlibat antaranya di Tawau (Kunak dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan),” katanya dalam kenyataan hari ini.

MetMalaysia berkata, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.-UTUSAN

The post Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga 5 petang ini appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved