Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Termasuk Wilayah Persekutuan Petang Ini

8 Dec 2024 • 3:16 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ribut Petir, Hujan Lebat Di Kebanyakan Negeri Termasuk Wilayah Persekutuan Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di kebanyakan negeri hingga jam 6 petang ini.

Dalam kenyataan, negeri yang terlibat adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Difahamkan, seluruh kawasan di negeri Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya diramal mengalami cuaca buruk itu.

“Di Kedah, daerah yang terlibat adalah Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

“Selain itu, beberapa kawasan di Pahang juga tidak terkecuali iaitu Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Bera dan Rompin.

“Beralih ke Sarawak, daerah yang terlibat adalah Sri Aman, Miri (Miri) dan Limbang sementara di Sabah melibatkan Pedalaman (Sipitang) dan Tawau (Tawau),” maklum kenyataan tersebut.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.