Ribut petir, hujan lebat landa empat daerah Selangor hingga petang

LocalEnvironment
30 Sep 2026 • 1:32 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ribut petir, hujan lebat landa empat daerah Selangor hingga petang

SHAH ALAM, 30 SEPT: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Johor dan Sabah sehingga jam 3 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan di Selangor, kawasan yang terlibat ialah Gombak, Hulu Selangor, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

Turut terjejas ialah beberapa daerah di Kedah termasuk Langkawi, Yan, Kuala Muda, Bandar Baharu, Kulim dan Sik serta seluruh Pulau Pinang.

Di Perak, amaran melibatkan Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Kinta, Kampar, Batang Padang, Muallim, Hilir Perak dan Bagan Datuk.

Sementara itu, Cameron Highlands, Jerantut, Kuantan, Pulau Tioman dan Maran di Pahang turut dijangka mengalami cuaca buruk.

Di Johor, kawasan terlibat ialah Mersing, Kluang, Kulai, Kota Tinggi, Pontian dan Johor Bahru.

Bagi Sabah, amaran membabitkan kawasan Pantai Barat, beberapa daerah di Pedalaman iaitu Membakut, Tambunan dan Keningau serta Kota Marudu di Kudat.

MetMalaysia menjelaskan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi satu jam.

Amaran itu bersifat jangka pendek dan sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Amaran berkenaan dikeluarkan pada jam 12.50 tengah hari tadi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved