
PETALING JAYA – Penduduk di beberapa kawasan di tujuh negeri serta Wilayah Persekutuan Labuan dinasihatkan berwaspada susulan amaran ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 10 malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan, cuaca buruk itu melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.
“Di Perak, kawasan terlibat ialah Muallim dan Batang Padang, manakala Kelantan membabitkan Kuala Krai serta Gua Musang. Amaran sama turut dikeluarkan bagi seluruh Terengganu selain Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran, Raub, Lipis, Cameron Highlands, Bentong dan Temerloh di Pahang.
“Di Selangor, ribut petir dan hujan lebat diramal tertumpu di Hulu Selangor. Sementara itu, Sarawak melibatkan Kapit iaitu Belaga, Kapit dan Song serta Bintulu merangkumi Tatau, Sebauh, Bintulu, Miri, Subis, Miri dan Marudi,” ujarnya.
Kawasan Limbang, Mukah, Sibu iaitu Selangau dan Sibu serta Sarikei membabitkan Maradong dan Sarikei turut menerima amaran sama.
Di Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman, Sandakan (Tongod) serta Pantai Barat membabitkan Papar, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan, Ranau dan Tuaran.
Wilayah Persekutuan Labuan juga disenaraikan antara kawasan yang dijangka mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga pukul 10 malam ini. – KOSMO! ONLINE
The post Ribut petir, hujan lebat landa tujuh negeri hingga 10 malam appeared first on Kosmo Online.




![[VIDEO] ‘Banjir kilat di Cameron Highlands, lebih baik tangguh dulu naik’](https://imgproxy.newswav.com/139x0,q50=/https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2026/09/cameron-highlands-banjir-1024x766.jpeg)

