Ribut petir sebelah petang, pengundi di Negeri Sembilan disaran undi awal

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 4:23 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Ribut petir sebelah petang, pengundi di Negeri Sembilan disaran undi awal

PETALING JAYA: Para pengundi di Negeri Sembilan dinasihatkan supaya keluar menunaikan tanggungjawab lebih awal esok berikutan ramalan cuaca cerah pada sebelah pagi di kesemua tujuh daerah di negeri berkenaan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menerusi Ramalan Cuaca Khas Hari Mengundi Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DUN) Negeri Sembilan memaklumkan, keadaan cuaca cerah dan tiada hujan diramal berlaku di seluruh daerah pada sebelah pagi.

Walau bagaimanapun, keadaan cuaca diramal berubah pada sebelah petang apabila sebahagian besar daerah dijangka mengalami ribut petir dan hujan.

“Daerah yang diramal dilanda ribut petir pada sebelah petang merangkumi Seremban, Port Dickson, Rembau, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin.

“Satu-satunya daerah yang diramal mengalami cuaca hujan berterusan tanpa ribut petir pada sebelah petang ialah Jelebu,” katanya dalam kenyataan.

Bagi julat suhu di seluruh negeri, daerah Port Dickson diramal mencatatkan suhu minimum tertinggi iaitu 25 darjah Celsius, manakala Jelebu, Jempol dan Tampin mencatatkan suhu minimum sekitar 23 darjah Celsius.

Suhu maksimum pula dijangka mencecah sehingga 33 darjah Celsius di daerah Port Dickson, Seremban, Rembau dan Kuala Pilah pada sebelah tengah hari.

Bagi daerah Jelebu, Jempol dan Tampin, suhu maksimum diramal berada pada aras 32 darjah Celsius.

Ramalan cuaca khas itu dikeluarkan secara rasmi oleh Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam bagi memudahkan kelancaran proses pembuangan undi.

Sehubungan itu, pengundi dinasihat membawa payung atau baju hujan serta merancang perjalanan bagi mengelakkan sebarang kesulitan akibat cuaca buruk pada sebelah petang.-UTUSAN

The post Ribut petir sebelah petang, pengundi di Negeri Sembilan disaran undi awal appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved