Zahid sambut seruan PM Anwar, parti kerajaan berdamai usai PRN -“Indahnya erti demokrasi”

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 10:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyambut baik saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya semua parti dalam Kerajaan Perpaduan kembali memperkukuh hubungan sebaik sahaja kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan berakhir.

Berbeza gelanggang di Johor & N.Sembilan tapi bekerjasama di Putrajaya

Memetik laporan daripada Berita FMT, Timbalan Perdana Menteri menyatakan walaupun parti-parti kerajaan bersaing di gelanggang berbeza pada PRN Negeri Sembilan dan Johor, mereka tetap bekerjasama dalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya.

“Perdana menteri menyatakan selepas ini kita hendaklah berdamai semula. Kita hendaklah merangkul semula hubungan antara kita kerana di Putrajaya kita berada dalam kerajaan yang sama.
“Tetapi di Negeri Sembilan dan Johor, kita terpaksa berada di gelanggang yang berbeza,” katanya pada sidang media selepas program Gema @ Kemas DUN Jeram Padang.

Image from: Zahid sambut seruan PM Anwar, parti kerajaan berdamai usai PRN -“Indahnya erti demokrasi”

Terdahulu, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menggesa pengundi Negeri Sembilan mengetepikan perbezaan sepanjang tempoh berkempen dan bersama-sama mengekalkan kestabilan serta kesinambungan pentadbiran negeri.

Menerusi satu hantaran video di Facebook, Perdana Menteri turut mengakui tempoh kempen menyaksikan pelbagai pandangan dikemukakan dan mungkin berlaku keterlanjuran dalam kalangan pihak yang bertanding.

Uniknya erti demokrasi di Malaysia

Dalam pada itu, Zahid menyatakan persaingan politik tanpa mengorbankan kepentingan negara mencerminkan kematangan demokrasi di Malaysia dan perlu terus dipelihara.

“Ini uniknya, indahnya erti demokrasi di Malaysia. Sebenarnya, demi menjaga kepentingan nasional, kita mesti terus bersama dan memantapkan kerajaan perpaduan.
“Komitmen kita untuk menyokong Anwar sebagai perdana menteri hingga akhir penggal akan kita kotakan dan laksanakan,” katanya.

Image from: Zahid sambut seruan PM Anwar, parti kerajaan berdamai usai PRN -“Indahnya erti demokrasi”

Beliau menegaskan BN akan terus berpegang kepada komitmen untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan demi memastikan kestabilan politik dan kepentingan negara terus terpelihara.

Sumber: Berita FMT (Mohamad Fadli)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved