SPRM buka siasatan empat laporan dakwaan pemberian wang tunai PRN Negeri Sembilan

LocalPolitics
31 Jul 2026 • 7:26 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika sidang media berkaitan siasatan laporan PRN Negeri Sembilan.

Sebanyak empat laporan berkaitan dakwaan pemberian wang tunai sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, daripada jumlah itu, dua laporan membabitkan calon, manakala dua lagi melibatkan pengundi awal.

Beliau berkata, kertas siasatan telah dibuka bagi meneliti setiap laporan yang diterima menerusi bilik gerakan khas yang diwujudkan sempena PRN berkenaan.

“Pihak kami telah mengarahkan penyiasatan dibuka.

“Pihak kami akan menyiasat untuk melihat dan mengkaji sama ada terdapat unsur rasuah atau ia boleh menjurus kepada kesalahan pilihan raya,” katanya.

Baca juga:

Menurut Abd Halim, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh berdasarkan fakta dan bukti yang diperoleh sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah wang tunai yang didakwa diberikan termasuk identiti calon atau parti politik yang dikaitkan dengan laporan berkenaan kerana siasatan masih berjalan.

Beliau berkata, pendedahan maklumat tersebut boleh menjejaskan proses siasatan yang sedang dijalankan SPRM.

The post SPRM buka siasatan empat laporan dakwaan pemberian wang tunai PRN Negeri Sembilan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved