Ribut tropika kuat Yinxing di Filipina, diramal tiada kesan terhadap Malaysia

5 Nov 2024 • 1:16 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA KINABALU, 5 NOV: Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) hari mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kuat dengan nama Yinxing bergerak ke barat laut dengan kelajuan angin maksimum 111 kilometer sejam.

JMM dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu berada pada kedudukan latitud 15.8 utara dan longitud 128.2 timur, sekitar 581 kilometer ke Timur Laut Naga City, Filipina.

Menurut kenyataan itu jarak bandar terdekat dengan ribut tropika itu ialah 1,586 km ke Timur Laut Kudat, Sabah dan diramalkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved