Berang Rumah Pelanggan Jauh, Pekerja GrabFood Lempar Makanan Depan Rumah

3 Jul 2023 • 11:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lelaki berang kerana makanan dicampak sesuka hati oleh pekerja Grab

Berang Rumah Pelanggan Jauh, Pekerja GrabFood Lempar Makanan Depan Rumah. Baru-baru ini, seorang lelaki berasa panas hati apabila seorang pekerja Grab Food dikatakan melempar makanan yang dipesan sehingga bersepah di atas lantai disebabkan lokasi penghantaran yang agak jauh.

Menurut laporan, seorang individu, Asher Ashwin telah memuat naik satu hantaran mengenai mesej perbualan bersama penghantar makanan tersebut selepas memesan hidangan McDonald’s daripada pasar raya NEX.

image is not available
Sumber: kosmo

Dalam pada itu, dipercayai ketika menunggu pesanan, penghantar makanan itu menghubunginya dan mengatakan bahawa restoran McDonald’s cawangan Potong Pasir adalah lebih dekat dengan rumahnya.

Mengadu cawangan makanan itu menyediakan makanan terlalu perlahan

Penghantar makanan itu turut menyatakan bahawa cawangan McDonald’s pasar raya berkenaan menyediakan makanan terlalu lambat disebabkan banyak pelanggan serta penghantar makanan lain.

image is not available
Sumber: kosmo

Sementara itu, apabila Asher meminta untuk membatalkan pesanan, pemandu Grab Food tersebut berkata, dia tiada masalah dengan lokasi pengambilan makanan, namun rumah Asher terlalu jauh.

Selepas itu, apabila dihantar ke rumah Asher, dia terkejut melihat makanannya dilempar ke atas kabinet di luar rumahnya.

Asher menunjukkan kerosakan yang berlaku

Dalam video lain, Asher menunjukkan tahap kerosakan tersebut, iaitu minuman kurang separuh, manakala kentang goreng berselerak di atas lantai serta beg makanan pecah dan koyak.

image is not available
Sumber: kosmo

Sudah diambil tindakan kepada penghantar makanan Grab tersebut

Bukan itu sahaja, Asher juga mengatakan bahawa syarikat Grab telah meminta maaf kepadanya, malah membawa isu tersebut kepada pihak atasan. Kemudian, difahamkan pekerja itu digantung bekerja dengan Grab selepas siasatan dilakukan.

Baca juga aritkel yang berkaitan: