Ridzokumura Rindu, Terkenang Kebaikan Arwah Isteri - “Tiada Lagi Hidangan Berwarna, Arwah Suka Buat Sendiri, Sampaikan Cuci Pinggan Pun Dia Tak Bagi”

19 Mar 2025 • 11:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pempengaruh dan usahawan, Ridzuan Ridzokumura terkenang momen bersahur bersama arwah isterinya, Akiko Okumura.
 

Arwah sangat pentingkan kebersihan

Menerusi hantaran terbaharu di Instagram, Ridzuan mendedahkan arwah isterinya merupakan seorang yang sangat mementingkan kebersihan.

Tidak cukup dengan itu, arwah isterinya lebih senang untuk melakukan kerja rumah dan memasak dengan menggunakan air tangannya sendiri.

“Tiada lagi hidangan berwarna seperti ini, untuk saya dan Sky, arwah tak bagi saya tolong apa yang dia nak buat.

“Dia suka buat sendiri, sampaikan pinggan mangkuk pun dia tak bagi saya cuci, kalau saya cuci dia akan cuci balik.

“Pembantu rumah pun dia tak nak kecuali setiap hari Jumaat, 4 jam sahaja, pembantu rumah datang, itu pun sebelum pembantu datang, dia akan pastikan rumah bersih.

 

“Pembantu cuma mop, sapu, lap-lap ceremin dan iron baju selebihnya semua arwah yang buat, mulia sungguh hati arwah,” coretnya.
 

Arwah suka sediakan makanan untuk pembantu rumah

Dalam pada itu, Ridzuan juga turut berkongsi sikap isterinya yang akan sentiasa menyediakan makanan buat pembantu rumahnya.

“Sebelum pembantu datang,dia akan sediakan makan dan minuman untuk pembantu. Al-Fatihah buat arwah isteri ku yang ku sayangi.

“Dalam hidup arwah, kereta, driver apa-apa pun dia tak nak, cuma dia nak saya, Sky dan mak dia, yang paling arwah suka adalah travelling. Al-Fatihah, permaisuri hatiku,” tulisnya.

 

 

 

 

 


Pada hujung Februari lalu, Ridzuan memaklumkan isterinya telah meninggal dunia.

Ridzuan mendirikan rumah tangga dengan Akiko yang juga merupakan seorang wanita asal Jepun pada Februari 2009.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 13 tahun.