Rindu Nak Timang Cahaya Mata, Netizen Berdoa Buat Watie Hanafiah - “Lepas Ni Kembar…”

13 Jun 2025 • 10:55 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Isteri kepada pelawak, Shuib iaitu Watie Hanafiah meluahkan rasa rindu untuk menimang cahaya mata.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Watie berkongsi momennya ketika sedang mengandung anak pertamanya bersama Shuib.

“Kadang rindu itu datang…rindu nak merasa usap2 perut lagi..moga yang ttc juga diberikan rezeki,”  tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Watie atau nama lengkapnyaFati Nikmatul Adawiyah Hanifiah agar dikurniakan rezeki untuk menimang anak lagi pada masa akan datang.

“Mummy jaga anak ibu dekat dunia, ibu jaga anak mummy dekat syurga okey.

“Kita sama wak..moga ada rezeki lagi ameen.

“Lepas ni kembar...amin..amin..


“Asbab watie seorang mamy yang sangat baik, Allah hadirkan anak syurga buat watie walaupun sekejap tapi ni adalah satu anugerah untuk watie dekat sana nanti.

“Sabar mummy .. smoga ade rezeki lagi untuk mummy saye doakan ye mummy,” doa netizen buat Watie.


Terdahulu, Watie berkongsi khabar duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran anak pertama.


Watie atau nama sebenar, Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, turut berkongsi, dia bagai mendapat petanda mengenai perkara itu melalui mimpi.


Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

 

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved