Pelakon dan penyanyi, Datuk Yusry Abdul Halim mencuri perhatian ramai apabila berkongsi rasa rindu terhadap isterinya, Datin Lisa Surihani yang kini difahamkan sedang menunaikan ibadah haji.
Menerusi satu hantaran di media sosial, Yusry meluahkan perasaan rindu itu meskipun baru lapan hari berjauhan dengan Lisa.

“Missing my love badly. Only been 8 days. Lama lagi ”
Perkongsian ringkas tersebut membuatkan ramai peminat tersenyum melihat kemesraan pasangan selebriti itu yang masih sweet walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga.
View this post on Instagram
Rata-rata netizen turut mendoakan agar Lisa dipermudahkan urusan ibadah haji serta kembali ke tanah air dengan selamat.
Mereka juga berseloroh mengatakan Yusry benar-benar tidak boleh berjauhan lama dengan isteri tercintanya, Lisa Surihani.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

"Terima Kasih Daddy.." - Yusry Gagal Rayuan Haji, Lisa Surihani Percaya Ada Hikmah
The post “Rindu Sayang Sangat” – Baru 8 Hari Tunai Haji, Yusry Titip Pesanan ‘Manis’ Buat Lisa Surihani first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
