‘Ring Lady’ Bidayuh Dari Kampung Semban Meninggal Dunia Semalam

18 Dec 2024 • 2:09 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

‘Ring Lady’, Muk Torres, menghembuskan nafas terakhir di Kampung Semban-BRS

‘Ring Lady’ Bidayuh Dari Kampung Semban Meninggal Dunia Semalam. Suasana duka menyelubungi komuniti Bidayuh di Kampung Semban apabila salah seorang daripada legenda “The Last Ring Ladies of Bidayuh Kampung Semban BRS”, Nyukan Yan atau lebih dikenali sebagai Muk Torres, telah meninggal dunia semalam (17 Disember 2024).

Menurut laporan, Muk Torres menghembuskan nafas terakhirnya sekitar jam 5.00 pagi di kediaman anaknya di Kampung Semban-BRS, Jalan Semadang-Jambusan, Off Jalan Puncak Borneo. Punca pemergian beliau dipercayai akibat sakit tua.

image is not available
‘Ring Lady’ Bidayuh Dari Kampung Semban Meninggal Dunia Semalam. Sumber: Blogspot

Ikon Tradisi yang Semakin Pupus

Muk Torres merupakan salah seorang daripada kumpulan wanita terakhir yang memakai perhiasan tradisional gelang tembaga dan perak di bahagian leher serta lengan, suatu amalan yang menjadi simbol keindahan dan status wanita Bidayuh zaman dahulu.

Namun, dengan perubahan zaman, tradisi unik ini semakin ditinggalkan, menjadikan “Ring Ladies” sebagai simbol warisan yang hampir pupus. Kehilangan Muk Torres tidak hanya dirasai oleh keluarganya tetapi juga oleh masyarakat Bidayuh yang melihat beliau sebagai lambang identiti budaya mereka.

Pusaka Budaya yang Tidak Ternilai

Kisah hidup mereka menjadi inspirasi bagi generasi muda untuk mengenali akar umbi dan mempertahankan warisan nenek moyang. Pemergian beliau merupakan satu peringatan kepada kita semua tentang pentingnya memelihara tradisi dan budaya yang semakin dilupakan.

Baca juga artikel yang berkaitan: