Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Business & Finance
21 Sep 2026 • 7:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit masih berpotensi memperlihatkan prestasi baik hari ini.

KUALA LUMPUR - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Isnin dalam keadaan sentimen pasaran bertambah baik berikutan harga minyak menyusut susulan perkembangan terkini yang menawarkan momentum baharu kepada rundingan antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran.

Pada jam 6 petang, unit tempatan meningkat kepada 4.0755/4.0800 berbanding dolar AS daripada 4.0795/4.0840 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, sentimen pasaran bertambah baik berikutan petunjuk bahawa Presiden AS Donald Trump dijangka bertemu Presiden Iran Masoud Pezeshkian di luar persidangan Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini.

"Sentimen pasaran semakin baik sekali gus mendorong pengukuhan mata wang pasaran pesat membangun termasuk ringgit," katanya kepada Bernama.

Pada akhir dagangan, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6783/6834 daripada 4.6849/6901 semasa ditutup pada Jumaat dan meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4542/4603 daripada 5.4543/4603.

Bagaimanapun ringgit menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.5916/5946 daripada 2.5829/5860 sebelumnya.

Unit tempatan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.49/6.50 daripada 6.50/6.51 pada akhir minggu lepas dan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 228.3/228.6 daripada 229.7/230.0.

Bagaimanapun, ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.1950/1987 daripada 3.1933/1971 semasa ditutup pada Jumaat dan rendah berbanding baht Thailand kepada 12.2450/2637 daripada 12.2383/2562 sebelumnya.- Bernama 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved