Risau Curang Dengan Wanita Lain, Lelaki Dirantai Teman Wanita Di Leher

Entertainment
7 Jan 2023 • 11:48 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Topik berkenaan pasangan curang sentiasa menjadi bualan hangat oleh masyarakat setempat. Isu ini kadang kala membimbangkan para suami yang turut terkena tempias kemarahan wanita terhadap isu-isu terkini.

Bercerita tentang curang, seorang wanita di Indonesia menarik perhatian ramai apabila dia merantai teman lelaki di leher menggunakan rantai besi. Kejadian difahamkan berlaku di sebuah kawasan di Indonesia.

Dalam satu temu bual, wanita ini berkata dia berbuat sedemikian kerana khuatir teman lelakinya itu berlaku curang dan memandang wanita lain.

image is not available

Sambung wanita ini, meskipun mereka baru sahaja bersama selama tiga bulan, teman lelakinya pernah curang bersama beberapa wanita lain. Mungkin mahu menjaga keharmonian hubungan mereka, merantai di leher adalah salah satu usaha wanita ini untuk menjaga pasangannya.

Meskipun dirantai di leher seperti seekor haiwan peliharaan, remaja lelaki tersebut dilihat tidak kisah dengan tindakan teman wanitanya. Malah, mereka sempat bergurau senda ketika ditemu bual.

Video ini ternyata mencuri perhatian ramai warganet yang berasa aneh dengan gelagat pasangan ini. Ada yang beranggapan wanita tersebut bersikap keterlaluan terhadap teman lelakinya, namun ada juga yang mengatakan mereka hanya bergurau senda demi sebuah konten.

Apa pendapat anda berkenaan wanita ini yang merantai teman lelakinya?

 

image is not available

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.