Risaukan anak-anak, Nubhan dakwa pengutip hutang datang rumah cari bekas isteri

EntertainmentLifestyle
11 Nov 2026 • 9:30 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi, Nubhan mendedahkan rumahnya didatangi individu yang dipercayai pengutip hutang bagi mencari bekas isterinya, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Risaukan keselamatan anak-anak dan keluarga

Menerusi perkongsian di Instagram, Nubhan, 40, meluahkan kebimbangan terhadap keselamatan diri dan anak-anak selain menegaskan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya perkara itu berulang.

“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri, saya mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang demi keselamatan anak-anak dan keluarga saya,” katanya.

Tak teragak-agak ambil tindakan

Dalam masa sama, Nubhan dipercayai turut membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut, namun butiran mengenai tarikh laporan berkenaan tidak didedahkan.

Laporan berkenaan turut menyebut Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie gagal dihubungi pihak pemiutang.

Dalam pada itu, Nubhan turut mengakui bimbang kejadian itu boleh menjejaskan emosi anak-anak yang kini berada di bawah jagaannya.

“Baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang. Saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya,” ujarnya.

Image from: Risaukan anak-anak, Nubhan dakwa pengutip hutang datang rumah cari bekas isteri

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie mendirikan rumah tangga pada Ogos 2015 sebelum disahkan bercerai talak dua pada 2 Disember 2025.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3.

Sumber: Instagram nubhan.ahamad 
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved