Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Bekas Isteri, Nubhan Bimbang Keselamatan Anak-Anak - “Mohon Keluarga & Diri Saya Tidak Dilibatkan Dalam Hal Ini”

12 Nov 2026 • 8:41 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

Dakwa Rumah Didatangi Pengutip Hutang Cari Bekas Isteri, Nubhan Bimbang Keselamatan Anak-Anak - “Mohon Keluarga & Diri Saya Tidak Dilibatkan Dalam Hal Ini”

Penyanyi Nubhan mendakwa kediamannya didatangi oleh individu dipercayai pengutip hutang yang sedang mencari bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie.Menerusi perkongsian di media sosial, Nubhan, 40, menegaskan dia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya keselamatan diri, anak-anak dan keluarganya terancam.Menurut Nubhan, sebelum ini dia mengambil keputusan untuk tidak terlalu berkongsi perkara berkaitan isu rumah tangganya di media sosial kerana bimbang ahli keluarganya menjadi sasaran kecaman orang ramai.“Sebelum ini saya sangat risau untuk post apa-apa di media social kerana saya khuatir keluarga saya di kecam, mak saya dihina dan macam-macam lagi.“Tapi apabila baru-baru ini rumah saya didatangi pengutip hutang, saya rasa amat risau atas keselamatan anak-anak, keluarga dan diri saya.“Memandangkan kedatangan pengutip hutang tersebut bertujuan mencari bekas isteri saya, mohon jasa baik agar anak-anak, keluarga dan diri saya tidak dilibatkan dalam isu ini,” tegasnya.Dalam pada itu, Nubhan juga turut dipercayai membuat laporan polis berhubung kejadian itu, namun butiran lanjut termasuk tarikh laporan berkenaan dibuat tidak didedahkan.Menurut laporan tersebut, Dr. Fie didakwa gagal dihubungi pihak pemiutang.Sumber: Threads @nubhan.ahamad  

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved