RISDA sumbang kit jenazah kepada 26 masjid di Tenggara

20 Sep 2026 • 4:29 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: RISDA sumbang kit jenazah kepada 26 masjid di Tenggara
Mannzdri (tengah) menyampaikan kit jenazah sumbangan Yayasan Risda kepada salah seorang wakil daripada 26 penerima barangan itu.
Image from: RISDA sumbang kit jenazah kepada 26 masjid di Tenggara
Manndzri (dua dari kanan) bersama kakitangan dan murid dari Sekolah Kebangsaan Felda Pengeli Timur yang menyertai perarakan Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Al-Husna Bandar Tenggara, pada Ahad.

KOTA TINGGI - Sebanyak 26 masjid di kawasan Parlimen Tenggara menerima sumbangan kit jenazah daripada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) bagi membantu melancarkan urusan pengurusan jenazah di masjid berkenaan.

Ahli Parlimen Tenggara yang juga Pengerusi RISDA, Manndzri Nasib berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat RISDA dalam usaha menyemarakkan aktiviti keagamaan dalam komuniti setempat.

“Kit ini sangat diperlukan untuk memastikan pengurusan jenazah dapat berjalan lancar dan kita akan meneruskan sumbangan ini pada masa akan datang,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sumbangan itu disampaikan sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Parlimen Tenggara dan RISDA yang berlangsung di Masjid Al-Husna, Bandar Tenggara di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah RISDA Negeri Johor, Mohd Khairuddahri Abd Rahman.

**media[3653438]**

Sebelum itu, kira-kira 1,000 peserta menyertai sambutan berkenaan yang dimulakan dengan konvoi motosikal sejauh lebih lima kilometer dari Masjid Darun Nadwah, Felda Penggeli Timur ke Sekolah Menengah Agama Bandar Tenggara.

Konvoi yang diketuai Manndzri itu bermula kira-kira jam 8 pagi sebelum peserta meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki dari sekolah berkenaan ke Masjid Al-Husna.

Menurut Manndzri, sambutan Maulidur Rasul kali ini diadakan secara besar-besaran di kawasan ini dengan pelbagai pengisian termasuk forum perdana bagi menghayati sejarah dan perjuangan Rasulullah SAW.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved