Miliki Ketinggian 220 CM, Pemain Bola Keranjang Remaja China Ini Jadi Perhatian Ramai

30 Jun 2024 • 10:49 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pemain bola keranjang remaja perempuan dari China baru-baru telah menjadi perhatian warganet kerana pemain basketball itu memiliki ketinggian 220 CM!

Memetik laporan Yahoo! Sports, pemain bola keranjang yang dikenali sebagai Zhang Ziyu itu baru sahaja berusia 17 tahun namun ketinggiannya sudah tentu menakutkan lawannya di dalam gelanggang bola keranjang.

image is not available

Difahamkan, baru-baru ini, Zhang Ziyu telah menyertai kejohanan bola keranjang Piala Asia Bawah 18 mewakili negaranya di Shenzhen.

Ketinggiannya yang luar biasa itu menyebabkan ada peminat sukan yang menyamakannya dengan seorang bekas pemain bola keranjang popular China iaitu Yao Ming yang mempunyai ketinggian 229 cm.

Ketinggian Zhang Ziyu itu menjadi senjata untuk pasukan China mengalahkan pasukan Indonesia dan New Zealand dalam kejohanan bola keranjang Asia bawah 18 itu.

Dalam kejohanan bola keranjang itu, difahamkan, Zhang tidak perlu melompat dengan terlalu kerap untuk membantu pasukannya menjaringkan bola ke dalam gol kerana dirinya sudah tinggi.

Namun, menurut Zhang, meskipun dia dapat menggapai jaring dengan mudah dengan ketinggiannya yang luar biasa berbanding pemain lain, namun dia turut merendah diri kerana mengatakan dia tetap perlu belajar dengan lebih banyak lagi untuk mengasah kemahirannya dalam bidang sukan tersebut.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.