Rizab antarabangsa BNM jatuh AS$800 juta kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026

LocalBusiness & Finance
22 Jul 2026 • 5:18 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rizab antarabangsa BNM jatuh AS$800 juta kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026 Image from: Rizab antarabangsa BNM jatuh AS$800 juta kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026 liza22/07/2026 - 17:18 Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN liza@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 22 Julai – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berkurangan kepada AS$131.8 bilion setakat 15 Julai 2026 berbanding AS$132.6 bilion yang direkodkan pada 30 Jun 2026.

 

Bank pusat dalam kenyataannya berkata, kedudukan rizab tersebut kekal mencukupi untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, selain bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

 

BNM menjelaskan, rizab antarabangsa berkenaan terdiri daripada beberapa komponen utama termasuk rizab mata wang asing berjumlah AS$116.4 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion serta Hak Pengeluaran Khas (SDR) sebanyak AS$6 bilion.

 

Komponen lain dalam rizab antarabangsa itu ialah emas bernilai AS$5.8 bilion dan aset rizab lain berjumlah AS$2.3 bilion.

 

Kedudukan rizab antarabangsa yang kekal pada paras mencukupi mencerminkan keupayaan Malaysia dalam memenuhi komitmen kewangan luar negara serta menyokong kestabilan pasaran kewangan dan ekonomi domestik. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved