Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$130.5 bilion setakat 15 Jun

LocalBusiness & Finance
23 Jun 2026 • 4:03 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$130.5 bilion setakat 15 Jun Image from: Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$130.5 bilion setakat 15 Jun hamden23/06/2026 - 16:03 editor@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 23 Jun - Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$130.5 bilion setakat 15 Jun 2026, susut sedikit berbanding AS$130.6 bilion yang direkodkan pada 29 Mei lalu.

 

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, kedudukan rizab tersebut kekal mencukupi untuk membiayai 4.6 bulan import barangan dan perkhidmatan, selain bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek negara.

 

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$114.4 bilion, rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) sebanyak AS$1.3 bilion, Hak Pengeluaran Khas (SDR) bernilai AS$5.9 bilion, emas bernilai AS$6.5 bilion serta aset rizab lain berjumlah AS$2.4 bilion. - DagangNews.com

Terkini standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved