RM1.055 juta tambah baik Hospital Duchess Of Kent

LocalHealth & Fitness
13 Aug 2025 • 2:04 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Mardinah Jikur

SANDAKAN: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meluluskan peruntukan berjumlah RM1.055 juta bagi kerja-kerja kecil dan penambahbaikan Hospital Duchess Of Kent (HDOK) Sandakan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dzulkefly Ahmad, berkata peruntukan itu meliputi penambahan keperluan dewan bedah, aset perubatan dan aset bukan perubatan yang diperlukan hospital berkenaan.

“Peruntukan ini juga merupakan permohonan segera yang diperlukan hospital dan pesakit di sini,” jelasnya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Antara penambahbaikan yang akan dilakukan ialah penambahan kerusi di ruang menunggu pesakit dan pengunjung, penggantian tilam serta bantal, selain peningkatan kemudahan dewan bedah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan intensif ke HDOK Sandakan, Selasa.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee, dan Pengarah HDOK Sandakan, Mohd Fahmie Othman.

Dalam perkembangan berkaitan, Dzulkefly berkata kerja-kerja awalan sedang giat dijalankan di HDOK Sandakan bagi menaik taraf hospital itu mengikut keperluan semasa.

Katanya, turut dicadangkan pembinaan sebuah blok baharu di HDOK Sandakan yang mampu menempatkan 594 katil bagi memenuhi keperluan pesakit.

Beliau turut menekankan keperluan menaik taraf Klinik Kesihatan (KK) di kawasan ini bagi menerima kes yang boleh dirujuk, sekali gus mengurangkan kesesakan di HDOK Sandakan.

Semasa lawatan kerja itu, Dzulkefly meninjau wad di bangunan lama HDOK Sandakan yang dibina sejak 1952 dan memerlukan perhatian sewajarnya.

Beliau juga melawat Klinik Desa Karamunting dan Hospital Kinabatangan untuk menilai keperluan semasa di fasiliti tersebut.