RM1.5 bilion untuk selenggara semua jenis sekolah

30 Aug 2026 • 4:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM1.5 bilion untuk selenggara semua jenis sekolah

PETALING JAYA – Kerajaan meningkatkan peruntukan penyelenggaraan semua jenis sekolah bagi tahun 2027 sebanyak 50 peratus kepada RM1.5 bilion berbanding RM1 bilion sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan itu akan melibatkan semua aliran pendidikan termasuk sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Turut menerima manfaat ialah sekolah agama, tahfiz, pondok serta institusi pendidikan khas.

“Semua akan dijamin untuk diberikan peruntukan tambahan.

“Kementerian Pendidikan untuk mengatur gerak kerja turun ke setiap daerah dan meneliti setiap permohonan pembaikan mulai bulan depan,” katanya ketika menyampaikan amanat sempena Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya sebentar tadi.

Beliau berkata, keutamaan kerajaan adalah memastikan isu kemudahan dan kerosakan di sekolah dapat ditangani dengan lebih segera tanpa menunggu terlalu lama. – KOSMO! ONLINE

The post RM1.5 bilion untuk selenggara semua jenis sekolah appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved