RM100 bilion turun kepada RM70 bilion! PM Anwar jelaskan kedudukan hutang negara

LocalPolitics
26 Nov 2026 • 4:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kerajaan berjaya mengurangkan jumlah hutang baharu tahunan negara daripada RM100 bilion kepada RM70 bilion menerusi pengurusan kewangan yang lebih cermat sejak mengambil alih pentadbiran.

Berjaya dikurangkan secara berperingkat

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan dakwaan kononnya hutang negara semakin meningkat di bawah pentadbirannya perlu dilihat dengan mengambil kira perbezaan antara hutang baharu dan hutang lama yang masih ditanggung kerajaan.

Menurutnya, jumlah hutang baharu tahunan berjaya dikurangkan secara berperingkat daripada RM100 bilion kepada RM90 bilion, RM80 bilion sebelum mencapai RM70 bilion ketika ini.

“Orang kata, ‘Oh, masa Anwar sekarang hutang tinggi’. Tak betul. Hutang baru kita kurang. Dulu, masa saya ambil alih, hutang satu tahun RM100 bilion. Perlahan-lahan turun RM90 bilion, RM80 bilion, sekarang hutang hanya RM70 bilion satu tahun.
“Tapi dia kata ‘Tak, sebab jumlah hutang sama’. Iyalah hutang lama. Hutang lama itu ada faedah, dia kena bayar. Itu yang nampak berlonggok besar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Terengganu, pada Khamis.

Image from: RM100 bilion turun kepada RM70 bilion! PM Anwar jelaskan kedudukan hutang negara

Foto: PMO

Masih ada komitmen bayar hutang lama

Mengulas lanjut, Anwar menjelaskan kerajaan masih perlu melunaskan komitmen hutang lama membabitkan beberapa agensi dan syarikat berkaitan kerajaan, termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tabung Haji dan Felda.

“Hutang 1MDB sampai sekarang saya kena bayar. Hutang Tabung Haji, hutang Felda kita kena bayar. Tiap tahun saya kena bayar hampir RM1 bilion (RM980 juta) hutang lama Felda.
“Kalau tak bayar, gulung Felda. Tabung Haji pula kita kena tampung. Kalau tak bayar, duit jemaah macam mana? Nak pergi haji macam mana?” soalnya.

Dalam pada itu, beliau mengumumkan peruntukan segera RM500,000 bagi membantu Usahawan Bangkit di Terengganu, selain memberi jaminan peruntukan tambahan akan diteruskan pada tahun hadapan menerusi belanjawan negara.

Sumber: Sinar Harian (Norhaspida Yatim)
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved