RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

LocalEnvironment
24 Jun 2026 • 11:15 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

RM25.2 Juta Diperuntuk Pasang Lampu Solar LED Di 32 Lokasi Berisiko Tinggi Lebuh Raya

image.png

Kerajaan memperuntukkan RM25.2 juta bagi fasa awal pemasangan lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) berkuasa solar di 32 lokasi berisiko tinggi dan kerap berlaku kemalangan di rangkaian lebuh raya seluruh negara.

image.png

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, inisiatif di bawah Program Pantau MADANI itu melibatkan pemasangan sebanyak 3,000 tiang lampu bagi meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya.

Projek itu merupakan langkah proaktif Kementerian Kerja Raya (KKR) bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam menyahut saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan peruntukan berkaitan dalam Belanjawan 2026 pada Oktober tahun lepas.

"Kerajaan amat memandang serius isu kemalangan jalan raya. Peruntukan asal yang disebut sebelum ini adalah RM30 juta, namun untuk peringkat awal ini kita agihkan RM25 juta terlebih dahulu. Baki peruntukan akan disalurkan selepas kita meneliti keperluan dari semasa ke semasa.

"SST (Surat Setuju Terima) telah pun diserahkan kepada kontraktor terpilih hari ini, bermakna kerja-kerja fizikal di tapak boleh dimulakan serta-merta. Projek ini disasarkan siap sepenuhnya menjelang hujung November tahun ini," katanya.

SUMBER BERITA: BERNAMA 
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved