Prasarana Asas Dipertingkat, Terima RM3.3 Bilion - PMX

LocalPolitics
9 Oct 2026 • 4:31 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Prasarana Asas Dipertingkat, Terima RM3.3 Bilion - PMX

Peruntukan bagi projek jalan desa akan ditingkatkan kepada RM2.3 bilion berbanding RM1.3 bilion pada 2022 bagi menambah baik kemudahan infrastruktur di kawasan luar bandar.

Secara keseluruhan, sebanyak RM3.3 bilion diperuntukkan untuk pembangunan prasarana asas desa, termasuk pemasangan lampu jalan kampung, kemudahan komuniti serta bekalan air bersih dan elektrik.

Dalam usaha memperluas kemudahan elektrik, Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan pemasangan lampu jalan berkuasa solar di kampung serta panel solar di bumbung rumah kebajikan dan rumah ibadat.

Bekalan elektrik turut ditambah baik di sekolah tahfiz, sekolah pondok dan perkampungan Orang Asli bagi memastikan komuniti berkenaan mendapat kemudahan yang lebih baik.

Dalam pada itu, pentadbiran MADANI berjaya memudah cara kesepakatan antara Kerajaan Negeri Perak dan Pulau Pinang menerusi Perjanjian Bekalan Air Pukal yang dimeterai bagi tempoh 40 tahun.

Bagi meningkatkan akses kepada bekalan air bersih, sebanyak RM2.5 bilion turut diperuntukkan menerusi program Non-Revenue Water (NRW) Kebangsaan.

Program itu memberi tumpuan kepada penggantian paip kritikal yang sudah usang sepanjang 1,900 kilometer bagi mengurangkan kehilangan air dan menambah baik sistem bekalan air negara.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved