RM3.9 juta bagi 14 projek jalan ladang di pedalaman

LocalBusiness & Finance
26 Sep 2026 • 11:15 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

RM3.9 juta bagi 14 projek jalan ladang di pedalaman

Tenom: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), meluluskan peruntukan RM3.9 juta bagi 14 projek Jalan Ladang Pekebun Kecil (JLPK) di kawasan Tenom, Kemabong dan Keningau, dalam usaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta akses pekebun kecil ke kawasan pertanian.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, 14 projek berkenaan merangkumi projek yang telah siap dan sedang dilaksanakan.

“Kemudahan ini amat penting terutama bagi sektor perladangan dan komoditi di kawasan pedalaman, kerana ramai pekebun kecil mengusahakan tanaman sawit, getah dan pertanian.

“Selama ini, mereka berdepan masalah perhubungan dan dengan adanya bantuan daripada kementerian, ia akan memudahkan pekebun kecil membawa keluar hasil mereka, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Warga Kampung Kemabong Lama.

Pada program berkenaan, Noraini turut menyempurnakan penyampaian simbolik peruntukan berjumlah RM452,300 bagi tiga projek di Kemabong, Tenom.

Daripada jumlah itu, RM300,000 diperuntukkan bagi projek JLPK Kampung Kemabong, manakala RM145,000 bagi pembinaan Surau Al-Barakah di Kampung Kemabong Lama dan RM7,300 bagi pembangunan Kelas Interaksi Digital Sekolah (KIDS).

Surau Al-Barakah berkenaan mempunyai keistimewaan tersendiri apabila pembinaannya dilaksanakan hasil sumbangan peribadi warga MPOB dari seluruh negara.

Dalam pada itu, kementerian turut memberi perhatian terhadap pelebaran jalan konkrit yang menghubungkan Kampung Kemabong Lama dan Kampung Kemabong Baru bagi meningkatkan kemudahan serta keselesaan penduduk.

Program berkenaan turut mengetengahkan kejayaan KPSM Kemabong Tenom Berhad yang menjadi KPSM pertama di Malaysia membuka stesen minyak, sekali gus memperlihatkan kemampuan organisasi pekebun kecil mengembangkan kegiatan ekonomi dan menjana manfaat kepada ahli serta masyarakat setempat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved