BEAUFORT: Aspirasi untuk mewujudkan pusat ekonomi setempat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Lumadan, tercapai menerusi projek pembinaan lapan lot kedai di Kampung Padas Damit, di sini.
Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharam berkata, sebanyak RM4.3 juta dibelanjakan untuk projek dilaksanakan Perkasa Realty Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat penuh Sedco.
Menurutnya, selain bangunan kedai lapan lot setingkat, projek dilaksanakan di atas tanah seluas dua ekar itu turut menyediakan kiosk jualan mudah alih dan dataran tapak Tamu.
“Projek yang baru bermula ini dijangka siap dalam tempoh 18 bulan iaitu penghujung tahun 2026, sekaligus memberikan manfaat ekonomi kepada penduduk setempat dan sekitarnya.
“Usaha ini merupakan projek kedua dilaksanakan Perkasa Realty Sdn Bhd di Dun Lumadan selepas projek pertama di Weston yang kini sedang dalam pembinaan.
“Kedua-dua projek ini adalah cadangan saya sebagai Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd sebelum ini bagi mencapai hasrat memperkasa ekonomi rakyat di Dun Lumadan,” katanya selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Cadangan Pembinaan Bangunan Kedai 8 lot di Kampung Padas Damit, di sini, Khamis.
Hadir sama Pegawai Khas Kepada Ketua Menteri, Datuk Mazlan Joehari Manan; Pegawai Daerah Beaufort, Nazri Ajun dan Pengerusi Perkasa Realty Sdn Bhd, Christopher Mandut.
Ruslan yang juga Adun Lumadan berharap menerusi projek itu, status Kampung Padas Damit dapat diangkat menjadi Pekan Baharu Padas Damit dalam masa terdekat.
Beliau berkata, selain menjadi tumpuan masyarakat setempat susulan aktiviti ekonomi dilaksanakan ketika ini, Padas Damit juga adalah sebuah pusat pentadbiran kerajaan dan ekonomi suatu ketika dahulu.
“Sejarah Padas Damit dulu adalah sebuah pusat pentadbiran kerajaan dan pusat ekonomi semasa zaman penjajahan, sebab itu sampai sekarang ia masih disebut Pekan Padas Damit.
“Justeru, saya berharap Pejabat Daerah Beaufort dapat memastikan aspirasi Pekan Baharu Padas Damit direalisasikan dalam masa terdekat,” katanya.