RM5 bilion pinjaman disalur semula biayai bekalan air Perak Utara

LocalPolitics
30 Oct 2026 • 7:53 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: RM5 bilion pinjaman disalur semula biayai bekalan air Perak Utara

PETALING JAYA: Sebanyak RM5 bilion daripada pinjaman bagi projek Trans-Sabah Gas Pipeline (TSGP) dan Multi-Product Pipeline (MPP) yang ditamatkan pada 2018 disalurkan semula untuk membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimuktamadkan menerusi rundingan Kerajaan MADANI yang membolehkan dana berkenaan dimanfaatkan bagi pembangunan prasarana asas rakyat.

Beliau berkata, pemeteraian perjanjian antara Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dan Export-Import Bank of China (CEXIM) bagi penyaluran semula pinjaman itu disaksikannya hari ini.

“Susulan penamatan kedua-dua projek berkenaan, negara masih menanggung obligasi pembayaran balik pinjaman berjumlah RM8 bilion walaupun projek tersebut tidak dilaksanakan.

“Penyaluran semula RM5 bilion itu dapat mengurangkan kerugian daripada projek terdahulu selain membolehkan dana berkenaan digunakan untuk membiayai NPWSS,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Perdana Menteri berkata, skim itu dijangka memperkukuh bekalan air jangka panjang bagi kegunaan rakyat, sektor pertanian dan perindustrian di Perak serta Pulau Pinang.

“Kemajuan negara perlu diterjemahkan kepada keperluan asas yang terjamin dan kehidupan rakyat lebih sejahtera,” katanya. – UTUSAN

The post RM5 bilion pinjaman disalur semula biayai bekalan air Perak Utara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved