RM500,000 setahun buat belia Sulaman

LocalPolitics
17 Nov 2026 • 11:58 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

RM500,000 setahun buat belia Sulaman

Tuaran: Kerajaan Negeri terus komited memperkasa golongan wanita dan suri rumah menerusi pelbagai inisiatif merangkumi pembangunan ekonomi, sosial dan kepimpinan bagi memastikan mereka terus memainkan peranan penting dalam kemajuan Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau amat menghargai peranan dan sumbangan golongan wanita, khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sulaman.

“Setiap tahun, saya memperuntukkan RM500,000 untuk golongan wanita di kawasan Sulaman termasuk bagi program bantuan peralatan dapur.

“Begitu juga saya memperuntukkan RM500,000 setiap tahun untuk golongan belia lelaki dan RM500,000 untuk belia wanita di Sulaman. Peruntukan ini bertujuan menyokong pelbagai program untuk wanita dan golongan belia di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian bantuan peralatan dapur kepada suri rumah di kawasan Dun Sulaman di Pusat Kebudayaan Rumpun Bajau Samah, Kampung Lok Batik pada Ahad.

Seramai 1,000 suri rumah menerima bantuan berkenaan menerusi program anjuran Pergerakan Wanita Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Sulaman dengan kerjasama Pejabat Daerah Tuaran.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman mengakui sokongan padu pengundi wanita menjadi antara faktor kejayaannya mewakili kawasan itu selama sembilan penggal sejak 1990.

“Saya tidak pernah melupakan peranan golongan wanita. Mereka merangkumi separuh daripada jumlah pengundi di Sulaman,” katanya.

Beliau turut menegaskan kepentingan memperkasa golongan wanita di seluruh Sabah dengan menyatakan bahawa Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk bantuan menerusi program Sentuhan Kasih Rakyat (Syukur) bagi meringankan beban kewangan isi rumah B40, keluarga berpendapatan rendah dan suri rumah.

“Sebagai contoh, daripada kira-kira 10,000 penerima Syukur di Tuaran, lebih 3,000 daripadanya adalah dari Sulaman.

“Tahun lalu bantuan Syukur berjumlah RM300 sebulan, dengan golongan wanita yang layak turut menerima manfaat. Ini merupakan tanggungjawab kita sebagai Kerajaan Negeri untuk terus memastikan kebajikan rakyat terpelihara,” katanya.

Hajiji berkata kesejahteraan rakyat merupakan antara komponen terpenting dalam hala tuju pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ).

Sehubungan itu katanya Kerajaan Negeri menyediakan bantuan bulanan RM200 kepada 140,000 golongan kurang berkemampuan pada tahun ini.

“Inisiatif seperti ini belum pernah dilaksanakan sebelum ini. Hanya kerajaan yang saya pimpin bersama GRS dan parti-parti komponennya memperkenalkan usaha seumpama ini.

“Kita telah melaksanakan banyak inisiatif. Jika dahulu hanya sedikit lebih 20,000 orang menerima bantuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan, kini dalam tempoh lima tahun, jumlah itu meningkat kepada hampir 70,000 penerima setiap bulan.

“Itulah prinsip yang menjadi panduan hala tuju saya dalam mendekati rakyat dan memastikan kesejahteraan mereka terpelihara,” katanya.

Beliau turut menggesa pemimpin GRS supaya mengutamakan perjuangan politik parti.

“Sebagai tulang belakang kerajaan, kita mesti memperkukuh GRS dan GRS mesti terus menerajui Kerajaan Negeri Sabah, bukan sahaja sekarang, tetapi juga selepas Pilihan Raya Negeri empat tahun akan datang,” katanya.

Hajiji turut merakamkan penghargaan kepada Pengerusi Penganjur Datuk Jamaliah Antalip atas komitmen tinggi dalam memastikan kejayaan program bantuan peralatan dapur kepada suri rumah di Sulaman.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved