RM808 juta untuk tiga sektor utama

27 Nov 2022 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Sebanyak RM808.06 juta akan diperuntukkan dalam Belanjawan Sabah 2023 bagi pembangunan sektor pertumbuhan produktif iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata strategi dan pendekatan untuk mempercepatkan pembangunan akan tertumpu kepada ketiga-tiga sektor ini.

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan terus memacu sektor pertanian dengan memperkasakan empat subsektor iaitu tanaman, penternakan, perikanan dan akuakultur, di samping komoditi getah.

Beliau berkata Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM501.54 juta kepada Kementerian Pertanian dan Perikanan serta jabatan-jabatannya.