
Kota Kinabalu: Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dijangka menjadi pemangkin penting dalam mengubah hala tuju ekonomi Sabah daripada kebergantungan kepada komoditi asas kepada portfolio ekonomi yang lebih pelbagai dan mapan.
Pengarah Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Saizal Pinjaman berkata pendekatan menyeluruh yang diketengahkan dalam RMK13 membuka potensi besar untuk Sabah melonjak sebagai salah satu enjin pertumbuhan baharu negara khususnya menerusi sektor logistik rentas Borneo, pemprosesan makanan, pembuatan bernilai tinggi dan pelancongan lestari.
“Pembangunan rangkaian jalan raya utama seperti Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah, Sarawak Sabah Link Road dan Trans Borneo Highway akan mengukuhkan konektiviti fizikal serta mempercepatkan pergerakan perdagangan merentasi sempadan termasuk ke Kalimantan Timur.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Bila kita melihat Kalabakan ke Simanggaris yang dinaik taraf ini bukan sekadar infrastruktur tetapi pembukaan koridor baharu yang strategik,” katanya ketika kepada pemberita pada Selasa.
Beliau berkata Sabah dilihat menerima suntikan keyakinan apabila RMK13 menetapkan pelan lima tahun yang lebih jelas untuk memajukan ekonomi negeri ini.
“Empat daripada 35 pakej kerja LPB Sabah telah siap pada akhir 2024 dan baki kerja disasarkan selesai sebelum 2030. Kerajaan Persekutuan turut memperuntukkan RM1 bilion untuk zon pembangunan sempadan Sabah-Sarawak-Kalimantan meliputi penyediaan utiliti asas, keselamatan dan hab perusahaan kecil,” ujarnya.
Menurut Saizal perancangan untuk memperluas Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) dan menaik taraf Lapangan Terbang Tawau juga merupakan langkah strategik yang berupaya menarik pelaburan langsung asing di samping memacu pertumbuhan sektor eksport termasuk penghantaran hasil laut segar.
“Kalau kita lihat dari segi impak kepada pedalaman pula pemfokusan kepada agro makanan berskala besar seperti padi, ternakan dan perikanan bukan sahaja mewujudkan peluang pekerjaan tetapi turut membuka ruang bagi aktiviti pemprosesan hiliran di kawasan luar bandar,” tambahnya.
Beliau turut menyambut baik inisiatif merapatkan jurang digital melalui pelaksanaan program Jalinan Digital Negara dan penubuhan pusat ekonomi digital di kawasan luar bandar yang berperanan penting dalam melahirkan lebih ramai usahawan muda.
Dalam pada itu katanya strategi pembangunan inklusif juga diberi keutamaan melalui Program Khas Anak Negeri Sabah yang menyentuh aspek pembangunan asas seperti jalan kampung, bekalan air dan elektrik, latihan TVET serta pembiayaan usahawan.
“Sabah tersenarai dalam kelompok kawasan Pelancongan Berpendapatan Tinggi dan Lestari sekali gus menunjukkan kita tidak hanya bergantung pada pelaburan fizikal semata-mata tetapi turut mengangkat warisan dan kekayaan biodiversiti sebagai aset ekonomi,” ujarnya.
Sehubungan itu beliau optimis jika RMK13 dilaksanakan secara tersusun dan telus tempoh lima tahun akan datang bakal menjadi titik perubahan besar dalam landskap ekonomi dan kesejahteraan rakyat Sabah.



