GRS jamin kestabilan politik Sabah: Timbalan Ketua Menteri

LocalPolitics
4 Aug 2025 • 12:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Clarence Dol

TELUPID: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mampu menjamin kestabilan politik negeri ini ekoran sebuah gabungan lapan parti tempatan yang berfokus kepada pembangunan Sabah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata kestabilan politik merupakan pemangkin utama kepada pertumbuhan ekonomi negeri sejak GRS mengambil alih tampuk pemerintahan.

“GRS perlu terus mentadbir negeri demi kesinambungan pertumbuhan ekonomi secara menyeluruh,” katanya.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Joachim yang juga Pemangku Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PBS Bahagian Telupid ke-40 di Dewan Orang Ramai Kampung Telupid pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan bahawa mana-mana penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang dimenangi sebelum ini akan terus mewakili GRS dalam Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).

Sehubungan itu beliau menggesa seluruh jentera dan ahli PBS Telupid untuk bersatu dan memberikan sokongan padu kepada Ketua Bahagian PBS Telupid merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telupid Datuk Jonnybone J Kurum bagi mempertahankan kerusi tersebut dalam PRN akan datang.

“Beliau (Jonnybone) sentiasa lantang bersuara di Dun dan komited bekerja demi kebajikan rakyat Telupid. Oleh itu wajar untuk kita memastikan kemenangannya sekali lagi,” katanya yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Sabah.

Turut hadir Adun Labuk yang juga Ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Samad Jamri serta wakil-wakil daripada Solidariti Tanah Airku (Star) dan Gagasan Rakyat Bahagian Telupid.