Roblox Family Zone Dilancarkan – Bantu Ibu Bapa Fahami Roblox Dengan Cara Menyeronokkan

GamingFamily & Parenting
15 Jul 2026 • 2:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Roblox melancarkan Family Zone iaitu sebuah permainan khas yang dibangunkan untuk membantu ibu bapa dan penjaga memahami platform Roblox dengan cara yang menyeronokkan. Family Zone memberi peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk bermain bersama dalam dunia digital sekali gus berfungsi sebagai medium merapatkan jurang generas

Ia bukan sekadar permainan, tetapi ruang menarik yang membolehkan keluarga berbincang tentang keselamatan dalam talian sambil menikmati pengalaman bermain. Family Zone menggalakkan aktiviti bermain bersama keluarga iaitu ibu bapa dan anak-anak bermain sambil mempelajari aspek keselamatan dengan cara yang menyeronokkan. Dengan kata lain, Family Zone bukan hanya hiburan tetapi medium yang berperanan menghubungkan ibu bapa dengan anak-anak dalam dunia maya.

Image from: Roblox Family Zone Dilancarkan – Bantu Ibu Bapa Fahami Roblox Dengan Cara Menyeronokkan

Dalam Family Zone, ibu bapa boleh mempelajari asas platform Roblox seperti cara mengawal avatar dalam ruang 3D serta menetapkan kawalan ibu bapa. Selain itu, Family Zone turut memperkenalkan topik keselamatan internet yang lebih luas termasuk aspek celik digital di luar Roblox. Menariknya, anak-anak turut berperanan membimbing ibu bapa dalam langkah pertama mereka di Roblox untuk menjadikan pengalaman lebih mudah difahami.

Dengan cara ini, Family Zone bukan sahaja lbih menyeronokkan tetapi bantu membina keyakinan ibu bapa untuk terlibat dalam dunia digital anak-anak. Sebagai galakan tambahan, Roblox menawarkan ganjaran avatar eksklusif kepada keluarga yang berjaya melengkapkan tutorial dalam permainan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved