Roblox Kerjasama Dengan Kerajaan Malaysia Untuk Tingkatkan Keselamatan – Hannah Yeoh

LocalTechnology
3 Nov 2025 • 5:23 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Pihak pengurusan Roblox memberikan jaminan yang mereka akan mempertingkat keselamatan di platform milik mereka menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia.

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi Facebook miliknya hari ini. Katanya, pengurusan Roblox turut bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan terutamanya dalam perkongsian data dan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan kerajaan.

image is not available

Dalam pada itu, Hannah turut menzahirkan rasa bimbang tentang keselamatan kanak-kanak yang banyak menggunakan aplikasi dalam talian yang kini sedang popular itu.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga seorang ibu, saya risau apabila melihat bagaimana sesetengah permainan dalam talian boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak.”

“Kita mahu dunia digital yang bukan saja menyeronokkan, tetapi juga membina karakter dan nilai yang betul untuk generasi akan datang,” katanya yang turut memuat naik gambar beliau bersama pihak Roblox.

Jelas Hannah lagi, platform seperti Roblox kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia dan lebih daripada sejuta di Malaysia.

image is not available

“Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan.”

Sebelum ini, seorang kanak-kanak lelaki berumur 6 tahun parah apabila lehernya dikelar oleh abangnya sendiri yang berusia 9 tahun dengan objek tajam di Kampung Parit Nipah, Parit Raja, Batu Pahat.

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, siasatan awal mendapati abang mangsa mungkin mencederakan adiknya selepas permainan Roblox yang dimainnya terganggu dan semua ‘point’ dikumpulnya hilang.

Sumber : Buletin TV3, Facebook

Sumber: Roblox.comSumber: Facebook

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.